MERDEKA!!!


The article below is written in Malay language (Malaysia) which is my mother tongue. It is posted in conjunction with Malaysia National (Independence) Day which is today (Aug 31). It is about history of Malaysia’s independence but I didn’t pay much attention on accuracy of facts so please don’t use this for your history assignment. Also I don’t need you to point out in detail where I was wrong, because I know myself there are indeed mistakes. And I have to stress here this article may appear racist or offensive to certain group of people so if you think you can’t stand it, or if you think you’ll be disagreeing with my points then stop reading right now, because that means this article is not for you.

Aku tak mahu bertanya soalan retorik seperti “merdekakah kita?” atau yang serupa dengannya. Cukup kalau aku sekadar menulis apa yang aku faham tentang penjajahan dan kemerdekaan. Soalan seperti “apakah medeka” sudah terlalu kerap ditanya sehiggga aku pun naik muak dengannya. Daripada kita asyik menanyakan soalan yang sama berulang kali kenapa tidak kita membuat perubahan di kala sambutan merdeka kali ini. Dengan itu kali ini aku ingin bertanya perkara sebaliknya iaitu “apakah penjajahan?” kerana bagi aku adalah penting untuk memahami apa itu penjajahan sebelum kita dapat memahami apa maksud kemerdekaan. Penjajahan, pada pendapat aku boleh dianalogikan dalam situasi berikut. Katakan kita sudah ada rumah sendiri di mana segala-galanya sempurna dan kita tidak bergantung kepada sesiapa pun untuk menguruskannya. Kemudian datang tetamu yang tidak diundang, dan mereka pun memasuki rumah kita sama ada secara paksa atau tidak. Kemudian mereka mula menjadikan kita seperti hamba mereka, juga sama ada secara paksa atau tidak, di mana mereka makan makanan kita, mereka tidur di tempat tidur kita, dan sebagainya, tanpa kita mendapat apa-apa manfaat langsung pun daripada tindakan mereka itu, Memang kita masih dibenarkan makan dan tidur tetapi itupun kena mendapat perkenan mereka sekalipun sebenarnya kita di dalam rumah sendiri. Itulah perumpamaan bagi penjajahan. Dan memahami penjajahan tidak akan sempurna tanpa kita mengenali penjajah kita. Walaupun kita pernah dijajah oleh Portugis dan Belanda, aku cuma kan mengupas sedikit sahaja tentang dua kuasa itu. Sebaliknya aku akan bercerita dengan lebih lanjut tentang penjajah British yang memiliki empayar terbesar dalam dunia moden. Sila teruskan bacaan.

Malaysia melalui sekurang-kurangnya kali penjajahan dan juga lima peringkat kemerdekaan, jika diambilkira dari sejak sejarah negara ini ditulis. Pertama kali kita dijajah ialah semasa negara ini masih lagi merupakan sebahagian daripada empayar Kesultanan Melayu Melaka, iaitu penjajahan oleh orang Portugis. Penjajah Portugis ialah penjajah nombor dua jahat di dalam sejarah negara kita, itupun sekiranya kita memandang kependudukan tentera Imperial Jepun sebagai yang paling jahat. Mana tidaknya, jika dibandingkan dengan penjajah lain dalam sejarah negara kita, hanya Portugis yang mempunyai reputasi memurtadkan orang-orang Islam secara langsung dan juga mengamalkan sistem perhambaan. Memang benar orang melayu sudahpun mengamalkan perhambaan sebelum kedatangan portugis lagi tetapi ia lebih kepada pengaruh Islam yang mengutamakan memerdekakan hamba berbanding menukarkan orang yang merdeka menjadi hamba. Selain itu mereka juga memang sudah dari awal-awal lagi berniat merampas tanah Melaka itu sendiri, jika dibandingkan dengan orang belanda yang lebih kepada niat menguasai berbanding dengan memiliki. Juga, tidak seperti orang Belanda, orang Portugis dengan kurang ajarnya menghalau Sultan Melaka keluar dari negerinya sendiri. Sekurang-kurangnya orang Belanda sanggup bekerjasama dengan pemerintah melayu untuk merampas kembali Melaka. Ya, memang niat Belanda bekerjasama dengan orang tempatan untuk merampas Melaka dari tangan Portugis ada agenda tersembunyi tetapi kerjasama sementara yang wujud di antara mereka ialah sejarah yang tidak dinafikan. Apa boleh buat, orang melayu terpaksa menerima tawaran kerjasama itu walaupun memang wujud perasaan risau dan wasangka yang sekutu Eropah mereka itu mungkin tidak akan lama bersama mereka. Nak harapkan kuasa Kesultanan Turki dengan beranggapan “orang Islam akan membantu sesama saudara seIslamnya”, sampai sudah pun mereka tidak pernah meghulurkan bantuan ketenteraan wlaupun sudah beberapa kali diajukan permintaan itu. Adapun yang sampai cumalah bantuan kecil berupa beberapa buah kapal membawa beberapa buah meriam jarak sederhana, beberapa bilah schimitar tetapi malangnya orang melayu lebih suka bertarung dengan menggunakan keris atas alasan “anak melayu berani bertarung bersemuka” walaupun itu tidakan bodoh bila berdepan dengan senapang matchlock Portugis. Ada juga beberapa pucuk musket diringkan bersama tetapi malangnya tiada pakar yang benar-benar mahir menggunakannya dihantar untuk melatih anak melayu menembak. Sudahnya Melaka jatuh di tangan Portugis dalam masa beberapa hari sahaja. Belum lagi megira aib dikalahkan oleh hanya beberapa buah baki kapal perang Portugis yang kebanyakannya hilang ditelan ribut semasa dalam pelayaran ke sini.

Memang sudah malang nasib orang melayu pada ketika itu, kerjasama dengan orang Belanda tidak seperti yang diharapkan. Belanda, apabila sudah berjaya menghalau Portugis dari Melaka, mereka mengkhianati kerjasama dengan orang melayu. Mereka tidak berkongsi Melaka dengan orang melayu, sebaliknya menguasainya sepenuhnya, hampir tiada beza dengan orang portugis yang mendudukinya sebelum itu. Ya, sememangnya orang Belanda tiada niat ikhlas untuk berkongsi Melaka dengan orang melayu kerana tindakan mereka itu hanyalah didorong oleh peperangan mereka dengan kerajaan Belanda. Mujurlah beberapa dekad kemudian datang penjajah British/Inggeris. Kerana perang dengan kerajaan Belanda, kedatangan British juga bertindak mengusir Belanda dari tanah jajahan mereka yakni Melaka. Penjajah Inggeris ini, dari kebanyakan segi adalah lebih bertamadun berbanding dua bangsa penjajah sebelum ini. Mereka tidak menggalakkan perhambaan walaupun tidak menghalangnya secara langsung atau tiba-tiba, dan mereka lebih menghormati penduduk, pemerintah dan budaya tempatan. Yang kebanyakannya menjadi masalah ialah orang Inggeris memperkenalkan ‘sistem’ ke dalam kehidupan kita, di mana sebahagian daripada ‘sistem’ ini tidak serasi dengan apa yang telahpun diamalkan sekian lama di sini. Contohnya pengenalan sistem cukai berpusat. Sebelum ini cukai cuma dikutip oleh pembesar (lebih kepada warlord sebenarnya), tuan tanah, penghulu dan beberapa pihak tertentu yang berkuasa ke atas segolongan rakyat. Cukai yang dikutip oleh mereka ini adalah sebahagian daripada corak sistem feudal tempatan di mana hasilnya cuma dinikmati oleh pengutipnya dan bukannya oleh umum. Bagi pihak British yang sememangnya lebih bertamadun, sistem ini adalah tidak adil kerana mereka berpendapat cukai adalah kewajipan semua yang layak membayarnya untuk tujuan umum. Pembesar pun tidak terlepas. Oleh itu pihak British memperkenalkan sistem cukai yang mengumpul semua bayarannya untuk dimasukkan ke dalam perbendaharaan sebelum diagihkan untuk kepentingan awam. Bukan itu sahaja, pihak British berpendapat kuasa raja tidak perlu terlalu mutlak kerana ini sudahpun lama diamalkan di England. Mana taknya orang Inggeris tidak bersifat demikian, mereka sudah entah berapa kali dikhianati raja-raja mereka, sehingga mereka akhirnya memperkenalkan parlimen untuk mengehadkan kuasa raja-raja. Antara yang terkenal teruk dan zalimnya ialah King Henry yang mencipta mazhab Kristian sendiri demi semata-mata untuk membolehkannya memiliki ramai isteri. Itu belum lagi mengambil kira King George, si raja gila yang menindas penduduk Amerika sehingga memaksa mereka menuntut kemerdekaan. Walaubagaimanapun orang British masih ada rasa hormat ke atas raja dan tidak berniat untuk memansuhkan sistem it. Mungkin kerana mereka berasa sedikit terhutang budi bila mengenangkan kemakmuran yang dibawa oleh raja-raja perempuan sebelum ini seperti Queen Elizabeth yang membawa Zaman Keemasan kepada kerajaan England dan juga Queen Victoria yang membantu mencetuskan Revolusi Perindustrian di England.

Pada mulanya orang melayu memang berasa hairan apabila memikirkan kenapa orang Inggeris ini terlalu banyak sistem yang pelik-pelik pada pandangan mereka. Jadi kenapa orang British bersifat begitu? Kita lihat sejarah mereka. Memeang benar semasa orang inggeris menjajah kita, mereka lebih bertamadun, tetapi sebenarnya kita lebih dulu hidup bertamadun berbanding mereka. Dua ribu tahun lalu, ketika rata-rata orang British masih tinggal di dalam pondok ringkas dan hidup dalam puak-puak masing-masing, kita di sini sudahpun ada rumah yang lebih baik. Kita sudah mampu berlayar sejauh Madagascar dan ke pulau-pulau di tengah Pasifik. Dan jangan dingat hanya kita sahaja yang dijajah atau jangan fikir orang Eropah sendiri tidak pernah dijajah. Orang British sendiri pernah dijajah oleh orang Rom, kira-kira 1,700 tahun sebelum mereka menjajah kita. Mungkin ramai di antara kita yang tidak mengenali pejuang kemerdekaan pertama dalam sejarah Britain iaitu seorang pahlawan wanita bernama Boudica. Orang British juga pernah diserang oleh orang Viking, puak-puak dari Jerman, kaum Anglo-Saxon, orang Normandy dan sebangainya. Dengan kata lain sepanjang beberapa ribu tahun sejarah mereka, orang British sudah kerapkali berdepan dengan kuasa asing, sehingga menjadikan mereka berpengalaman dan kuat serta tahu bagaimana menanganinya. Bukan sahaja Boudica, ancaman asing menjadikan pemerintah-pemerintah wanita England seperti Queen Elizabeth dan Queen Victoria orang yang tahan lasak, berkaliber dan mampu membawa kemakmuran dan kesejahteraan walaupun terpaksa memerintah secara tunggal tanpa ada suami di sisi. Mereka mampu menewaskan angkatan perang Sepanyol dengan jumlah tentera yang jauh lebih sedikit. Mereka beberapa kali menundukkan kerajaan Perancis dalam perebutan hakmilik tanah (land dispute). Malah salah seorang raja mereka, Richard ialah seorang yang amat dihormati oleh jaguh sepanjang masa dalam dunia Islam iaitu Salahuddin Al-Ayyubi kerana keberanian dan kehandalan baginda.

Empayar British bukannya tidak pernah kehilangan koloni mereka. Amerika Syarikat bolehlah dikatakan tanah jajahan yang pertama hilang dari cengkaman British. Dengan kata lain, Amerika ialah negara yang pertama merdeka dari jajahan British, dan seterusnya menjadi kuasa penjajah seperti bekas penjajah mereka juga. Tetapi tahukan anda kemerdekaan Amerika boleh dikatakan sebagai “brainchild” kepada kerajaan British? Kerajaan British sangat maju dari segi pemikiran di mana mereka sudah berfikir mendahului zaman mereka, sekaligus mewujudkan pelbagai jenis fahaman politik moden yang menegaskan hak kemanusian, hak individu, hak masyarakat dan sebagainya. Atas pemahaman ke atas hak-hak inilah Amerika terdorong untuk medapatkan kemerdekaan. Pada mulanya usaha ke arah itu cuba dilakukan melalui diplomasi tetapi dengan George si raja gila sebagai pemerintah, cara tersebut tidak berhasil seterusnya menyebabkan orang Amerika memilih untuk menggunakan kuasa ketenteraan, lantas tertubuhnya tentera Continental untuk melawan tentera Red Coat di pihak British. Sememangnya ini tindakan berani tetapi kelebihan ini tidak mungkin tercapai jika bukan kerana orang Amerika juga adalah dari Eropah di mana mereka ada akses kepada senjata api dan kemahiran menggunakannya. Di hujungnya, Amerika bukan sahaja merdeka malah memegang reputasi sebagai satu-satunya negara yang merdeka dari kerajaan British melalui tindakan ketenteraan.

Jadi apa yang kerajaan British lakukan setelah kehilangan Amerika? Mereka memang sudah lama menjajah sebahagian dari Asia tetapi selepas itu mereka semakin memberikan tumpuan di rantau ini. Walaupun sebagai penjajah, British cuba mendapatkan kerjasama penduduk tempatan dengan memperkenalkan sistem persekolahan moden, mewujudkan hospital, jabatan polis, mengukur tanah dan mengeluarkan geran ke atasnya, dan banyak lagi. Terbuktilah penjajahan dari perspektif tersebut bukanlah teruk sangat jika ia membawa kemodenan kepada negara kita. Malah British masih mengiktiraf kepentingan agama Islam di kalangan orang melayu dengan memastikan raja-raja melayu masih terus berkuasa dalah hal-hal berkaitan agama Islam dan adat istiadat melayu, walaupun akibatnya sistem tulisan tempatan iaitu tulisan Jawi mula terhapus sedikit demi sedikit. Walaubagaimanapun bagi aku ini bukanlah sesuatu yang negatif di mana penggunaan tulisan Rumi membolehkan orang melayu menggunakan mesin taip yang menyebabkan perkembangan bidang tatabahasa di dalam bahasa melayu. Antara kesan-kesan langsung lain yang dapat dilihat ialah pengenalan sistem pengangkutan moden seperti jalanraya berturap, kereta, keretapi dan landasannya, perlombongan dan penggunaan petroleum, serta perkembangan perindustrian. Di sini pula mula kelihatan ‘kejahatan’ pihak British di mana mereka mengamalkan dasar “pecah dan perintah” untuk mengelakkan perpaduan kukuh dan mengurangkan kemungkinan berlakunya penentangan terhadap pemerintahan dan dasar-dasar British. Ada kalanya penentangan didiamkan dengan cara yang agak kasar tetapi kita boleh dikatakan masih bernasib baik kerana penjajah British tidak sekejam penjajah Belanda di Indonesia, tidak sekejam penjajah Sepanyol di Filipina dan tidak sekejam penjajah Perancis di Indochina. Seperti yang pernah dilakukan beberapa abad sebelumnya, terdapat juga usaha untuk meminta bantuan dan seterusnya bernaung di bawah empayar Turki Uthmaniyyah tetapi segera diketahu dan dipatahkan oleh pihak British sebelum ia dimulakan lagi. Maka akibat semua ini Tanah Melayu tidak lagi menjadi “Tanah Melayu” pada dasarnya tetapi sebaliknya cuma pada nama. Dasar-dasar ekonomi, perdagangan dan perindustrian yang diamalkan oleh British menggalakkan kemasukan buruh-buruh dan usahawan dari China dan India sehingga menyebabkan bilangan mereka ini semakin lama semakin ketara ramainya dan mampu memberikan impak sekiranya sesuatu berlaku. Memang pelik dan ironik, pada asalnya orang yang dijajah oleh British ialah orang melayu, kemudian kaum Cina dan India juga menjadi subjek jajahan mereka akibat dasar-dasar di atas.

Ya, negara ini sememangnya milik orang melayu pada asalnya. Jika anda tidak percaya, sila kembali kepada sejarah, walaupun ada niat pihak-pihak tertentu untuk cuba menafikan kesahihan bangsa melayu. Ketika negara ini dijajah, bangsa apakah yang dijajah pada ketika itu? Sudah tentulah bangsa melayu, bukannya bangsa cina atau india. Malah kedatangan orang cina dan india ke sini adalah didorong oleh penjajah. Memang benar orang india dan cina sudah beribu tahun berdagang di sini tetapi sebelum ini mereka cuma datang sebagai pedagang dan bukannya sebagai penduduk. Ketika negara ini di ambang kemerdekaan, pihak raja-raja melayu berasa serba salah dengan kedudukan imigran-imgiran ini. Raja-raja melayu juga manusia dan mereka punya peri kemanusiaan. Boleh saja raja-raja melayu menggunakan kuasa mereka supaya imigran-imigran ini kembali ke tanah asal mereka tetapi atas budi bicara raja-raja melayu, para imigran ini mendapat perkenan untuk diiktiraf sebagai “penduduk tempatan”. Lagipun raja-raja melayu juga berasa terhutang budi kerana para imigran inilah antara orang yang memakmurkan negara ini. Perlu diingatkan, ini ialah perkenan diraja maka para imigran ini serta keturunan mereka seharusnya berasa terhutang budi dengan ketuanan melayu dan bukannya menidakkannya dengan alasan “ia sudah lama berlalu”. Ketuanan melayu ini adalah selamanya dan tiada tarikh luput kerana ketuanan melayulah yang memungkinkan adanya perkenan tersebut. Lagipun jika keturunan imigran ini berpendapat mereka layak mendapat perkenan tersebut semata-mata kerana mereka ada sumbangan besar ke atas negara ini, mereka silap. Pekerja buruh dari Filipina, Indonesia, Thailand dan Bangladesh juga mempunyai sumbangan yang tidak kurang besarnya, jadi jika kita menggunakan lasan yang sama, adalah patut mereka ini mendapat perkenan juga tetapi patutkah mereka? Jika keturunan imigran cina-india ada alasan yang kukuh untuk membuktikan imigran moden ini patut mendapat perkenan sedemikian juga, mungkin kita boleh memikirkan semula kewajarannya, tetapi aku rasa tidak da orang yang akan mampu memberikan alasan yang seperti itu. Orang melayu jpula tidak sepatutnya menjadikan ketuanan mereka sebagai alasan untuk membuli keturunan bukan melayu. Perlu diingatkan orang melayu sendiri adalah agak lemah kerana jika tidak masakan mereka dapat dijajah oleh kuasa asing. Dengan kata lain, kewujudan negara Malaysia moden adalah mustahil tanpa bantuan kaum-kaum bukan melayu, Sedangkan raja-raja melayu pun ada rasa terhutang budi dengan kaum bukan melayu, kenapa pula orang melayu yang terkenal dengan reputasi setia kepada sultan tidak menurut tindakan sultan? Kita sudah ada ketuanan dan kita patut bersyukur. Jangan pula meminta lebih-lebih dan bersifat tamak. Jangan memaksa kaum bukan melayu meninggalkan budaya dan bahasa mereka. Sudahlah mereka berada jauh dari tanah asal nenek moyang mereka, kenapa pula kita patut menukar mereka menjadi melayu juga. Sudah cukuplah mereka boleh bertutur bahasa kita, mengenali, memahami dan menghormati budaya kita.